Tuesday 20 August 2013

AKUJANJI SAYA UNTUK UMNO BAHAGIAN SUBANG


AKUJANJI VISI DAN MISI YBHG. DATO' HJ. ZEIN ISMA B. HJ. ISMAIL.
CALON KETUA UMNO BAHAGIAN SUBANG.

BIODATA :

Nama Penuh : DATO' HJ. ZEIN ISMA BIN HJ. ISMAIL, DSIS. DSM.
Umur : 53 Tahun (16 November 1960).
Anugerah : Darjah Sultan Sarifuddin Idris Shah (DSIS). 2008.
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). 2002.
Darjah Seri Melaka (DSM). 2000.

Kelayakan :
1. 1991. Associate Member Society Of Actuaris, Chicago USA.
2. 1990. Master Of Science in Finance/Insurance. 

Univ. Of Hartford, Hartford, Connecticut, USA.
3. 1985. Master Of Science In Mathematics.
Univ. Of Connecticut, Storrs, Connecticut, USA

4. Bachelor Of Science In Actuarial Science (with Honours)
UiTM.
Kerjaya : Ahli Perniagaan.
Pengalaman Politik :
1. 2008 : Calon BN. N.39. DUN Kota Damansara PRU. 12. 

2. 2004 - Sekarang : Ketua UMNO Cawangan Taman Industri
Kota Damansara.
3. 2003 - 2008 : Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.
4. 2004 - 2008 : Setiausaha Biro Latihan Dan Keahlian
UMNO Malaysia.
5. 2001 - 2003 : Naib Ketua UMNO Bhg. Selayang.

6. 1996 - 2002 : EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
..... Pengerusi Majlis Sains & Teknologi.
..... Pengerusi Majlis Integrasi Nasional.
..... Pengerusi Biro Latihan.
7. 1998 - 2003 : Ketua UMNO Cawangan Bandar

Country Homes, Rawang.
8. 1996 - 1998 : AJK. UMNO Bahagian Kluang.
9. 1993 - 1996 : Ketua Penerangan UMNO Bhg. Kluang.
: Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Kluang.

10.1989 - 1992 : Presiden Kelab UMNO Connecticut/ New
England, USA.
Perjawatan Politik :

1. 2001 - 2010 : Ahli Lembaga Pengarah FELDA.
2. 1996 - 2004 : Presiden Center For Intellectual Promotion
And Technological Advancement.
3. 2004 - 2008 : Ahli Majlis, Dewan Bandaraya Shah Alam.
4. 2002 - 2004 : Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Shah alam.

5. 1994 - 1998 : Ahli Majlis. Majlis Daerah Kluang Utara.

AKUJANJI VISI DAN MISI :
Bila membicarakan soal visi atau halatuju UMNO Bahagian Subang memerlukan penghayatan dan penelitian yg mendalam tentang peranan, fungsi dan tanggungjawab sebagai organisasi politik yang mewakili Parti memerintah, untuk MERAIH SOKONGAN PENGUNDI dalam Parlimen Subang supaya mengundi Parti Barisan Nasional dalam setiap pilihanraya, dan dlm konteks ini keutamaannya adalah memenangi PRU ke-14 dan membantu gerakan merampas semua kerusi DUN dan Parlimen di Selangor. Sementara Misi pula adalah tatacara bagi membolehkan setiap yang digariskan sebagai visi itu berjaya dicapai atau setidak tidaknya hampir dicapai. 


CABARAN SERTA INTIPATI PERJUANGAN.
Dalam hal ini selaku Calon yang menawarkan diri, saya telah mengambil initiatif menggariskan CABARAN serta INTIPATI perjuangan sebagai asas kepada tindakan perlaksanan yang akan saya laksanankan bersama seluruh barisan Jawatankuasa UMNO Bahagian Subang empat peringkat dan di DOKONG SEPENUHNYA oleh Cawangan. Sebagai Ketua adalah menjadi tanggungjawab saya menyediakan HALATUJU yang cukup jelas untuk dihayati dan diambil tindakan oleh kepimpinan Bahagian dan cawangan, secara bersungguh-sungguh yang sederap dan sekata. Selaku Ketua saya juga bertanggung jawab menyediakan garis panduan pelaksanaan yang padat, sistematik dan boleh dicapai untuk di tumpukan kepada 24 BIRO diperingkat Bahagian yang FOKUS dan BERSEPADU kearah memenangi PRU14. Saya telah bentangkan kerangka Halatuju yang juga merupakan AKUJANJI saya dalam perbincangan dengan sebahagian Ketua Cawangan dalam program bersantai di Pangkor bulan lalu. InsyaAllah secara bertulis AKUJANJI manefestasi saya menawarkan diri selaku KETUA UMNO BAHAGIAN SUBANG akan siap sedia dan bakal diedarkan dalam 9 Siri Jelajah Pidato Subang di sembilan Zon seluruh Parlimen Subang, yang bakal digerakkan sebaik sahaja selesai Persidangan Cawangan 31 Ogos ini. Calon-calon Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa juga dijemput menyampaikan hujah dan isihati penawaran mereka bersama MENDOKONG kepimpinan saya dan kesanggupan mereka menjadi barisan PELAKSANA peringkat Bahagian yang sekaligus bersama menggerakkan Cawangan melaksanakan tanggungjawab yang bakal digariskan dan disokong kejayaannya oleh setiap ahli. Akhirnya Calon Naib Ketua, Timbalan Ketua dan Saya akan menyampaikan PIDATO PERDANA saya di ketiga tiga DUN secara terperinci kepada semua perwakilan Apa yang saya harapkan perwakilan yang bakal mewakili Cawangan ke Persidangan UMNO Bahagian Subang pada 5hb Oktober 2013 nanti menghadirkan diri dalam Siri Jelajah Pidato Subang dan Pidato Perdana.


INTIPATI HALATUJU PERJUANGAN saya selaku Ketua UMNO Bahagian Subang adalah bertemakan "TRANSFORMASI SUBANG KEARAH KECERMELANGAN" yang berlandaskan kepada falsafah "KEMESRAAN DAN KECERIAAN DALAM PERJUANGAN", apabila diberikan mandat kelak, saya rangkumkan kepada lapan bahagian: 

1. Memperkasa Cawangan (meningkatkan semangat juang ahli, memperuntukkan kawasan tadbir pilihanraya, meningkatkan penguasaan Cawangan kepada masyarakat setempat, memberikan pendidikan politik dan wadah perjuangan UMNO khususnya kepada ahli baru, menggerakkan semangat gotong royong yang berpaksikan kepada kemesraan dan kecerian, menggalak pengambilan pelapis kepimpinan Cawangan dengan memperhebat kemasukkan ahli siswazah Melayu dan kelas menengah Melayu ke Cawangan, dan menyediakan peruntukan tahunan kepada Cawangan), 

2. Memantap Pentadbiran Bahagian dan Pengurusan Cawangan (Menceria dan memperindah Pejabat UMNO Bahagian Subang sediada, menyusun dengan efektif sistem pemfailan dan rekod, memperkemas daftar keahlian dan pengundi, membantu mengurus pentadbiran Cawangan bersabit soal ahli dan permohonan yg pelbagai, menjaga kebajikan Cawangan dan pemimpin akar umbi, dan menggerakkan Pusat Khidmat Masyarakat UMNO untuk Parlimen Subang).

3. Menjurus Gerak Kerja Bersepadu ke Arah PRU14 (menubuhkan Bilik Gerakan PRU14, Sistem Maklumat Pintar PRU14, mendaftar pemilih baru, mendaftar perpindahan pemilih, semakan daftar pemilih, demografi serta pemetaan kawasan tadbir pilihanraya, kajiselidik latar belakang pengundi, menubuhkan Cawangan baru, Kempen Keahlian, menyelaras bantuan kebajikan Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, melaksana kerja-kerja amal, menubuhkan Pusat Khidmat BN disetiap DUN, membena jaringan berkesan dengan Masjid/Surau/Kem Tentera/Persatuan Bekas Perajurit/Persatuan Pesara Kerajaan/Rela/Persatuan Penduduk /PIBG /Sekolah/NGO Melayu, mempelopori kempen kearah kesedaran "PERPADUAN MELAYU" dan memperhebat program kemasyarakatan dan agama.

4. MENAMBAH PENDAPATAN Ketua Cawangan dan Ketua Wanita/Pemuda/Puteri dan aktivis UMNO Bahagian Subang melalui penubuhan KOPERASI SATU HATI SUBANG (KASIH) dan menyediakan panel penasihat keusahawanan dan sitem inkubator kpd pemimpin dan aktivus UMNO. 

5. Menubuhkan YAYASAN SUBANG bagi menghimpun dana untuk menggerakkan program kebajikan dan kemasyarakatan untuk dilaksanakan oleh Biro-Biro dan Cawangan. 

6. Mempelopori AGENDA PERPADUAN MELAYU melalui majlis-majlis ILMU melalui perundingan, dialog, kolokuium, seminar, forum, debat dan ceramah umum. 

7. Menjuarai ISU-ISU RAKYAT untuk diketengahkan dan dibela yang ditujukan kepada Kerajaan Negeri Selangor atau untuk dibela oleh Kerajaan Barisan Nasional Persekutuan, dan.

 8. Memasyurkan dan memperkokoh adat istiadat, budaya dan jatidiri Melayu melaui penubuhan pelbagai Majlis Perundingan, Rumah Adat dan Gelanggang Persilatan secara tersusun dan bersepadu. 

Semuanya yang tertera diatas akan saya kupas secara terperinci dalam siri PIDATO PERDANA saya kelak. DOA RESTU TUAN/PUAN SAYA POHON. UNDI lah saya dengan ikhlas agar kepimpinan saya nanti diberkati dan dilimpahi dengan taufik dan hidayah oleh Allah SWT. Amin !

Akhirnya, bagi melaksanakan Intipati dan Halatuju yang saya maksudkan, saya akan mentadbir dengan telus ( transparent), setiap peruntukkan kewangan melalui saluran Parti atau Kerajaan Pusat dan akan dipantau oleh Jawatankuasa Kewangan dan dibentangkan secara berkala dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian, pengagihan peruntukkan projek-projek kecil Persekutuan secara adil kepada kepimpinan Cawangan, tiada mana-mana Cawangan atau DUN yang terpinggir, dan menyatukan hati dan wadah kepada semua kepimpinan akar umbi yang menyokong atau yang tidak menyokong saya. 


Saya akan bersungguh-sungguh membina landasan perjuangan yang tepat, jitu dan efeftif mengambil kira perubahan porla dan persepsi alaf baru untuk diteruskan kepada pelapis saya YBhg Dato' Harrison Hassan (Calon Timbalan Ketua) dan seterusnya kepada Saudara Shahreeza (Calon Ketua Pergerakan Pemuda) dengan UMNO Bahagian Subang yang gemilang, bulat dan bersatu padu. Saya akan membersihkan serta memurnikan UMNO Bahgaian Subang daripada politiking, pemimpin yang MENGHALALKAN CARA MENGEJAR MATLAMAT, adu domba, centas mencetas dan semua amalan yang sonsang yang diamalkan oleh sebahagian daripada kita sehingga kini.

Saya MELAFASKAN bahawa saya tidak bercita-cita menjadi WAKIL RAKYAT mewakili DUN. Yang saya impikan adalah menjadi KETUA UMNO Bahagian yang berkesan memimpin Parti demi agama bangsa dan nusa. Yakinilah kesungguhan dan keikhlasan saya ini.

Empat JAWATANKUASA, satu Majlis dan sembilan belas BIRO telah saya ilhamkan bagi menggerak dan melaksana Intipati Halatuju Perjuangan yang telah saya gariskan. Garis panduan, organisasi dan KPI (key performance indicator atau indeks daya capai) akan diperincikan dalam manifesto yang bakal saya bekalkan kepada setiap perwakilan kelak. Iaitu; 


1. Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan.
2. Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan.
3. Jawatankuasa Penerangan
4. Jawatankuasa Sistem Maklumat Pintar PRU14.
5. Biro Politik.
6. Biro Penerbitan dan Media Maya.
7. Biro Perisikan dan Psywar
8. Biro Bilik Gerakan PRU14 dan Demografi Politik
9. Biro Pemetaan Kawasan dan Penubuhan Cawangan.
10. Biro Latihan dan Perkaderan.
11. Biro Semakan Daftar Pemilih dan Perpindahan Pemilih
12. Biro Pendaftaran Pemilih Baru.
13. Biro Pusat Khidmat UMNO dan BN.
14. Biro Kebajikan dan Perkhidmatan Rakyat.
15. Biro Amal (Skuad Jenazah dan Skuad Bencana).
16. Biro Hal Ehwal Agama.
17. Biro Mahasiswa dan Siswazah.
18. Biro Kemasyarakatan dan Riadah.
19. Biro Perhubungan Masjid dan Surau.
20. Biro Perhubungan Kem Tentera, Bekas Perajurit dan Pesara Kerajaan.
21. Biro Perhubungan Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga, NGO dan RELA.
22. Biro Perhubungan Sekolah dan PIBG.
23. Biro Adat Istiadat Melayu dan Persilatan.
24. Majlis Perundingan UMNO Bahagian Subang. . 



Saya merancang setiap Ahli Jawatankusa memimpin satu Biro atau Penyelaras Zon (sembilan Zon). Setiap Ketua Cawangan dan Ahli Jawatankuasa Wanita/Pemuda/Puteri Bahagian menggangotai sekurang-kurangnya satu Biro, dan Setiap Timbalan Ketua Cawangan menganggotai satu Biro. Semuga penjelasan ini di terima baik oleh pembaca dan sekiranya kedapatan kekurangan maklumkanlah secara berhemah dan dengan niat yang tulus ikhlas demi keberkatan dalam perjuangan yang suci ini. Setiap daripada kita yang tersuntik menyertai wadah perjuangan ini adalah mereka yang terpilih dengan niat membena Kerajaan dan berpeluang menabur bakti amal jariah sebagai bekalan amalan kita didunia. Pahala yang kita cari jangan lah dosa yang di perolehi yang dinodai nafsu dengan tipu muslihat, kepentingan diri, tohmah, fitnah, adu domba dsbnya. Kita bukannya bertanding sesama pemimpin UMNO tetapi BERSAING mempamerkan kekuatan akal budi, kepimpinan, jatidiri, pelakuan, persembangan dan jasa yang perlu diberi peluang kepada setiap Perwakilan menilai untuk MEMILIH YANG TERBAIK DIKALANGAN YANG TERBAIK YANG ADA. Saya akhiri dengan penuh rendah diri dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH SWT. Amin.
....... Dato' Hj Zein Isma Bin Hj Ismail. Julai 27, 2013 ; 9.48am


Thursday 15 August 2013

@NajibRazak SELAMAT DATANG KE BLOG ZEIN ISMA


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca pembaca blog saya.

Saya Dato' Zein Isma sebenarnya merasa terpanggil untuk bersama-sama berjuang dalam alam maya disamping untuk membantu pihak kerajaan dalam memberikan maklumat kepada orang ramai tentang satu-satu isu yang berlaku di seluruh tanah air.

Diharap para pembaca sekalian dapat memberikan komen yang bernas serta membina dalam kita bersama-sama membantu kerajaan khususnya Perdana Menteri untuk memajukan negara.

Saya juga berharap agar Negeri Selangor dapat diperintah semula oleh Barisan Nasional demi untuk memberikan bantuan kepada rakyat yang mana dimasa ini kita dapat melihat pelbagai kepincangan telah berlaku.

Saya amat berharap agar semua pembaca dapat membantu saya dalam menjayakan usaha untuk mencapai kearah tersebut.

Sekian terima kasih.